Followers MamaTisya

Wednesday, October 4, 2017

Agehan Express Meals @Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Baru2 ni Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) memperkenalkan promosi baru iaitu Agehan Express Meals. Promosi ini boleh didapati sehingga November 2017. Bagi promosi ini, Agehan Japanese Restaurant menawarkan bento yang menarik seperti Gyu Shogayaki, Yaki Udon dan Onigiri yang hanya berharga RM25.00 + satu kotak.


Restaurant Agehan Japanese terletak di tingkat 1A , Grand BlueWave Hotel Shah Alam yang menawarkan pelbagai masakan Jepun. Restoran ini telah mendapat pengesahan rasmi sijil HALAL daripada JAKIM pada 1 November 2009 .  Turut disediakan ruang makan yg besar untuk anda dan keluarga besar anda yang ingin menikmati hidangan masakan jepun di sini.

 

Gyu Shogayaki disediakan dengan pan fried beef dengan sos khas, fresh garden salad dengan japanese fish cake dan dressing, japanese white rice, potato dan chuka kurage.



Yaki Udon disediakan dengan pan fried udon with seafood, vinegered fish, 
giant sushi roll, deep fried bean curd with sauce dan chuka kurage. 


Onigiri disediakan ia dihidangkan dengan deep fried chicken, salmon with fish flake triangle rice, chilled soya beancurd, potato with sliced salmon dan chuka kurage.



Selain itu, pihak hotel juga menyediakan pelbagai makanan seperti Edamame RM14.00 +, California Maki RM29 .00+, Oyako Don dengan Sup Miso RM26.00 +, Tsukimi Udon RM22.00 +, Tanuki Udon RM18.00 + dan Tori Teriyaki RM29.00 +. 

Menu ala carte juga tersedia di mana anda boleh memilih daging atau makanan laut antaranya Teppanyaki, Tempura Ebi atau Yasai Tempura dan Teriyaki Saba atau Gindara.


TQ Grand BlueWave Hotel Shah Alam utk jemputan media food review ini


Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi di Borak-borak Restaurant 03-5511 8811 ext. 2615. Semua harga hanya tertakluk kepada 6% CBP.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...